MATLAMAT & OBJEKTIF

MATLAMAT

1. Melaksanakan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan memenuhi semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta menyediakan warga Malaysia menghadapai cabaran globalisasi abad ke-21.

2. Melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang serta berketerampilan, bertanggungjawab dan berdisiplin dalam semua bidang kurikulum dan kokurikulum.

3. Meningkatkan kualiti sistem pengurusan dan pentadbiran sekolah seperti dinyatakan dalam dokumen-dokumen pekeliling kerajaan, dokumen-dokumen arahan kerajaan dan dokumen-dokumen perancangan oleh pihak sekolah, agar SMK Beluran menjadi sebuah sekolah yang berkesan dan Berjaya menghasilkan pelajar berkualiti.

4. Mewujudkan sesuatu barisan kakitangan sekolah yang mempunyai sesuatu budaya kerja yang teratur, cekap, berkesan, komited, beretika, berdisiplin, bertanggungjawab, proaktif, bersopan dan peka kepada kehendak-kehendak dan keperluan semua lapisan stakeholder sekolah.

5. Menyediakan prasarana dan persekitaran sekolah yang kondusig, selesa dan selamat, untuk mengendalikan proses pengajaran, pembelajaran dan urusan-urusan sekolah yang lain.

6. Mewujudkan sesuatu budaya sekolah yang sentiasa mengekalkan suasana permuafakatan yang harmonis di kalangan semua warga sekolah dan di antara warga sekolah dan masyarakat luar.


OBJEKTIF

1. Meningkatkan prestasi pencapaian akademik ke tahap cemerlang dalam peperiksaan PT3, SPM dan STPM dan semua peperiksaan dalaman.

2. Meningkatkan pengelibatan pelajar dalam aktiviti-aktiviti sukan, unit beruniform, kelab dan persatuan.

3. Meningkatkan prestasi pencapaian pelajar dalam aktiviti-aktiviti sukan, unit beruniform, kelab dan persatuan di peringkat sekolah, daerah, gabungan, negeri dan kebangsaan.

4. Melahirkan pelajar-pelajar yang akan merupakan sumber tenaga manusia Malaysia masa depan yang celik IT dan yang beraneka kemahiran.

5. Melahirkan pelajar-pelajar yang bijaksana, yang berfikir, berilmu dan berpengetahuan luas.

6. Melahirkan pelajar-pelajar yang bersahsiah dan yang bertataetika tinggi.

7. Mewujudkan satu barisan pemimpin yang cekap, berkesan dan yang bertindak proaktif.

8. Mewujudkan satu barisan pendidik dan kakitangan di sekolah yang sentiasa mengutamakan etika kerja yang tinggi, yang berfikir moden, dinamik dan inovatif.

9. Mewujudkan suasana dan prasarana belajar dan kerja di sekolah yang bersih, ceria, selesa dan selamat yang sentiasa terkawal serta dibiayai dengan kelengkapan fizikal yang cukup dan sesuai untuk semua warga sekolah.

10. Mewujudkan satu sistem pengurusan dan pentadbiran yang terancang, terkawal kemas, teratur dan terancang yang benar dan pada dasarnya didokumentasikan.

11. Mewujudkan satu sistem penyelenggaran bangunan, stok inventori harta modal, perabot, bahan-bahan dan peralatan sekolah secara optimum penggunaannya tanpa pembaziran dan kecuaian.