Program CERDIK

SYARAT PENERIMAAN PERANTI KOMPUTER (ACER CHROMEBOOK) KEPADA PELAJAR SMK BELURAN

1.       Peranti Komputer diberi secara PINJAMAN sahaja dan perlu DIPULANGKAN pada Tarikh yang akan ditetapkan (Hujung Tahun).

2.       Pelajar perlu menjaga peranti & dongle modem dengan baik dan menggunakannya untuk tujuan PEMBELAJARAN sahaja

3.       Penalti (bayaran) akan dikenakan jika peranti didapati ROSAK/HILANG yang disebabkan oleh kecuaian pelajar.

4.       Sekiranya hilang, Ibubapa perlu membuat LAPORAN POLIS & memaklumkan kepada Guru Kelas masing-masing untuk tindakan selanjutnya.

5.       Peranti komputer dan SIM Card pelan data perlu dipulangkan kepada pihak sekolah sekiranya murid:

i) menamatkan persekolahan;

ii) berhenti sekolah;

iii) dibuang sekolah;

iv) bertukar sekolah

v) menyalahgunakan peranti komputer dan dan SIM Card yang dibekalkan untuk mendatangkan kemudaratan kepada negara atau menyalahi undang-undang negara. 

6.       Sila SIMPAN keratan Sim Card & kotak Dongle dengan selamat.

7.       Murid haruslah bertanggungjawab terhadap perkara seperti berikut:

i) Menjaga keselamatan dan kebersihan peranti komputer yang diterima.

ii) Memastikan peranti komputer yang diterima tidak diconteng, ditulis, dilekat dengan sticker atau sebarang jenis perlakuan yang boleh mengakibatkan kerosakan peranti komputer.

iii) Mematuhi peraturan/polisi KPM yang ditetapkan.

iv) Menggunakan sebaik-baiknya boleh peranti komputer yang dibekalkan untuk pembelajaran kendiri.

v) Menggunakan SIM card pelan data yang diterima untuk mengakses talian Internet pembelajaran kendiri dan tidak mengakses laman sesawang yang menyalahi undang-undang negara.


SOALAN LAZIM (FAQ) BERKENAAN PERANTI KOMPUTER KEPADA PELAJAR SMK BELURAN

 1. Adakah peranti komputer dan SIM Card pelan data yang hilang akan diganti baharu?

Tidak.

2. Adakah peranti komputer dan SIM Card pelan data yang rosak dalam tempoh waranti akan diselenggarakan?

Ya. Sila bawa ke sekolah & maklumkan kepada Guru Kelas.

3. Berapakah kuota Pelan Data yang dibekalkan?

Setiap murid dibekalkan dengan satu (1) SIM card pelan data yang berspesifikasi minimum 15GB sebulan untuk tempoh satu (1) tahun oleh TELCO terpilih bagi tujuan mengakses ke talian Internet.

4. Adakah murid/ibu bapa/penjaga perlu menambah nilai pelan data sekiranya kuota yang dibekalkan habis diguna pakai pada atau sebelum tarikh luput?

Ya.

5. Adakah kuota 15GB/sebulan yang dibekalkan akan dikreditkan pada awal bulan?

Ya.

6. Adakah kuota 15GB/sebulan yang dibekalkan sekiranya tidak diguna pakai atau berbaki akan dibawa kehadapan bulan berikutnya?

Tidak.

7. Adakah SIM Card pelan data yang dibekalkan akan diselenggarakan sekiranya rosak dalam tempoh waranti?

Ya. Sepanjang tempoh pinjaman sekiranya terdapat SIM Card pelan data perlu diselenggara atau penggantian disebabkan oleh kerosakan, maka peranti tersebut perlu diserahkan kepada Pusat Khidmat Pelanggan TELCO yang berhampiran.

8. Adakah pihak sekolah boleh meminta murid/ibu bapa/penjaga untuk menyerahkan Peranti & SIM Card untuk diperiksa keadaan fizikal peranti yang dibekalkan?

Ya. Sepanjang tempoh pinjaman, pada bila-bila masa pihak sekolah boleh mengarahkan peminjam peranti (murid/ibu bapa/penjaga) untuk menyerahkan Peranti & SIM Card yang dibekalkan untuk diperiksa.