Piagam

Selaras dengan visi sekolah untuk mewujudkan tahap kualiti yang cemerlang dan berterusan, kami komited untuk memberi perkhidmatan yang profesional dan berkualiti tinggi kepada semua pelanggan kami iaitu para pelajar, ibu bapa, pihak agensi-agensi kerajaan, pihak swasta dan orang awam dengan adil, cepat dan saksama seperti berikut:

1. Membimbing dan mendidik pelajar untuk memperoleh ilmu, kemahiran dan nilai murni seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam:

i. Sukatan Mata Pelajaran

ii. Sukatan Kokurikulum

2. Menjalankan semua program tahunan yang dirancang oleh AJK Kurikulum, Kokurikulum dan Pentadbir Sekolah.

3. Memberi latihan khas yang mencukupi kepada pelajar dan menyemak semua buku latihan, kertas ujian, peperiksaan dan kerja rumah pelajar dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh kutipan.

4. Melayan semua pelajar dengan adil dan saksama, mesra, berdedikasi dan bertanggungjawab.

5. Melayan semua pelawat, ibu bapa dan orang awam dalam tempoh tidak melebihi setengah jam dari masa berada di sekolah.

6. Menjawab dan merekod sebarang pertanyaan ibu bapa dan orang awam secara lisan atau bertulis dalam tempoh seminggu dari tarikh penerimaan pertanyaan tersebut.

7. Memproses dan menyerah segala data atau maklumat yang dikehendaki oleh agensi- agensi kerajaan atau swasta dalam tempoh seminggu dari tarikh terimaan permintaan atau sebelum tarikh tutup permintaan.

8. Memproses dan menyerah segala data atau maklumat yang dikehendaki oleh agensi- agensi kerajaan atau swasta dalam tempoh seminggu dari tarikh terimaan permintaan atau sebelum tarikh permintaan.

9. Memproses semua invois bayaran yang telah diluluskan untuk pembayaran dalam tempoh 15 hari dari tarikh terimaan invois.

10. Menjaga, mengawal dan menyelenggara dan mengurus kewangan, semua harta, inventori dan bangunan sekolah dengan telus dan tulus tanpa kecuaian, kehilangan dan penyelewengan.